Saturday 22 March 2014

Lemah ??

Pernah rasa lemah ? Ya semua manusia pernah merasa lemah. Booo tipu kalau tak pernah. Even Sadako hantu The Ring pun pernah rasa lemah.


Hmm mungkin tak.


Kadang-kadang saya rasa tak terkejar hidup ni. Macam anjing yang duk kejar ekor dia. Duk pusing-pusing kejar ekor dia tapi tak dapat-dapat. Nampak macam dah dekat, tapi makin dikejar rasa macam makin jauh. Sampai saya pernah rasa mampu ke saya nak capai ? Tak bukan capai ekor tapi capai apa yang saya kejar tu. Saya tak ada ekor hihihihihi.... Okay hambar.







Ada kawan pernah tanya. How did you deal with stress ? Ceh mentang-mentang guwa  duk ASRAMA ingat guwa stress lettew. Tipu lah en kalau tak pernah stress langsung walau sikit pun. Sebab saya selalu rasa saya tak layak duduk sebaris dengan depa ni dalam exam . Tak layak duduk sekelas. Tak layak duduk sebumbung. Sebab apa ? Sebab saya slalu rasa dpa ni lebih daripada saya. Saya ? Hmm cemtu cemtu je. Cemtu macam mana ? Cemtu lah :p Depa ? Markah test semua nak letup-letup. Final exam  dulu straight A's tak pun 6-7 A. exam baru ni ? Konon cakap menangis  lah apa tapi berderet jugak yang dapat A puih. #addmath


*Sebab itu rezeki dpa yang Allah dah tetapkan.*huhu :(


Sedih memang sedih. Tapi untuk tweet or post status cakap kita tengah sedih huwa result teruk tengah nangis tengah meratap tengah makan banyak untuk release tension (ehem macam kenal) IS NOT A GOOD IDEA. Saya tahu, kita generasi Y ni (kah kah) suka sangat tweet perasaan kita. Yeah me either. BUT I realised that tweeting and sharing my sadness to the whole world would just make it worse for me. Saya akan rasa lagi macam gedebuk gedegung gitu. Paham tak gedebuk gedegung ? Aplikasikan peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Ha bayangkan bunyinya. Tak ke gedebuk gedegung hewww. Bagus budak ni aplikasikan peribahasa melayu walaupun tak ada kena mengena. *pats self back*






Benda yang paling saya struggle and sedaya upaya setengah mati tak merindu nak tetapkan adalah belajar kerana Allah. Konsepnya simple. Everything yang kita buat kalau niat kerana Allah, macam mana pun hasilnya, kita akan redha. Redha itu ikhlas menerima. Pasghah itu menyeghah. Kalau kita ikhlas buat sesuatu sebab Dia, kita tak akan rasa bebannya. Kalau betul lah kita ni ikhlas belajar sebab Allah, kita tak akan rasa steghessssss.


Saya bukan pelajar cemerlang. hmmm :(. So untuk betul betul ikhlaskan niat, "Aku belajar kerana ini ilmu Allah. Bukan untuk Straight's A. Bukan untuk score gempak gempak" honestly sangat sangat susah. Berapa kali saya cuba betulkan nawaitu. Sebab saya tahu, lulus cemerlang dalam peperiksaan hanyalah "jalan", bukan "tujuan". Kita semua ada tujuan yang jauh lagi penting. Tujuan yang kekal dan sempurna, bukan sementara dan penuh ketidaksempurnaan macam dekat dunia ni.


Sebelum buat apa-apa, ingat paling penting betulkan niat dulu. Ada tak lillahi taala dalam setiap benda yang kita buat. And don't forget, hidup jangan berkalau. Contoh, "Kalaulah aku study betul-betul final dulu mesti result aku tak teruk macam ni". JANGAN MACAM NI. NI NAMANYA KITA MEMPERSOALKAN QADA' DAN QADAR. Seolah-olah kita tak redha. Seolah-olah kita ni lagi berkuasa daripada Qada' Allah.


Kesimpulannya anak-anak,*hehe #bajet pakar motivasi lahh kann# first jangan tweet or update status waktu emo. Elakkan sedaya upaya sebab tanpa kita sedar kita boleh buka aib diri sendiri, bukak aib orang. Allah dah tutup aib kau lek lek pi bukak aib sendiri pahal bro lek lek chill je diam and kunyah mentos kalau emosi tak stabil. Kedua, baiki niat. And ketiga, jangan pernah berkalau. In shaa Allah hati tenang jiwa riang boleh nyanyi lagu teletubbies tinkie winkie, dipsy, laalaa, PO !



*kunyah mentos*




No comments:

Post a Comment