Thursday 28 February 2013

AkU mAlu PaDaMu Ya ALLAH..!



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

YA ALLAH.. aku malu padamu..
aku malu sekali ingin memohon kemaafan darimu YA ALLAH..
terasa dosa yang aku pikul selama ini besarnya x terkira..
terasa seperti tidak layak untuk aku memohon kemaafan darimu..
kerana..
selama aku merasa nikmat dunia ini, jarang sekali aku terfikir akan dirimu..
namun saat kau datangkan dugaan dan cubaan, aku meratap kesedihan..
saat itu baru aku terfikir akan dirimu YA ALLAH..



YA ALLAH.. aku sering tertanya..
sering tertanya kenapa kau menguji aku sebegini..
sungguh berat ujian mu YA ALLAH..
kadang-kala hatiku membentak, 
"kau tidak adil YA ALLAH.."
kau sungguh tidak adil terhadapku..
mereka yang lain juga hambamu.. meraka juga seperti aku..
mereka juga melakukan dosa dan maksiat..
tetapi kenapa aku yang engkau pilih untuk terima semua ini..
kenapa..!!

tetapi kini..

YA ALLAH.. terima kasih atas segalanya..
terima kasih kerana kau memberikan dugaan dan ujian ini pada aku..
terima kasih kerana masih mengingati hambamu ini..
mungkin dulu aku menangis kerana mendapat ujian darimu..
tetapi hari ini aku turut menangis apabila mendapat ujianmu..
namun tangisan aku berbeza..
aku menangis gembira.. aku menangis bersyukur..
kerana dengan ujian dan dugaan mu itu, aku akan lebih kuat..
aku akan lebig tabah menuju redahmu..

YA ALLAH.. berikan aku kekuatan..
berikan aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan mu..
semoga aku tabah menghadapi segala apa yang akan aku tempuhi..
dan kau redhakan lah aku dengan segala ketentuanmu YA ALLAH..
kerana mungkin aku tidak kuat..
mungkin hatiku masih lemah dan tidak berdaya..
untuk menghadapi ujian dan dugaan mu sekali lagi..

YA ALLAH.. aku ingin kau tahu..
aku cemburu pada mereka..
aku cemburu pada mereka yang mendapat hidayahmu..
kenapa tidak aku yang engkau pilih untuk menerima hidayahmu YA ALLAH..
malah engkau biarkan aku terus sesat dalam keindahan dunia..
kau biarkan aku hanyut bersama mereka yang engkau benci..
kenapa YA ALLAH.. kenapa..


YA ALLAH.. yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
aku memohon kepada mu YA ALLAH.. 
aku memohon kepadamu untuk merasai hidayahmu..
biarpun hanya sesaat kau memberi, namun indahnya menerima hidayahmu..
melihat mereka yang mendahuluiku dalam larian ini, aku cemburu..
mereka begitu mencintaimu dengan penuh rasa cinta yang abadi..
sedangkan aku masih lagi tercari-cari akan sinarmu..
dan aku sedar, mencari hidayahmu bukan lah mudah..
mendapat hidayahmu bukanlah mainan..
aku pasrah.. :)
aku akan tetap berusaha mencari hidayahmu, 
agar aku akan lebih dekat kepadamu..
agar hidup ini akan lebih bermakna dengan rahmatmu..
amin..amin..ya robbalalamin..~ 
_-mimie :'( -