Saturday 1 September 2012

PMR AND ALLAH




ASSALAMUALAYKUM !!!

Astaghfirullah
Berapa lama x update.
Akhirnya berpeluang jugak ana update blog ana.
[ actually banyak masa. :)) ]

OKKAY !STRAIGHT TO THE POINT

Selepas melalui Ramadhan yang agak mengecewakan,

dan Trial yang kurang memuaskan,
( who cares ? )

dah sampai peak time dia untuk PMR



Yang dah berlalu tu, ana biarkan berlalu.
Sekarang perjalanan ke arah hala tuju
Untuk mengecapi impian ku
Dalam PMR, Im Coming For You !
Insya Allah.


tajuk post neh,
PMR dan Allah.
hehe, gimik jaa lebeyh tu.
sebenarnya,
ana ada hasrat yang besar lepas PMR tu,
bak kata Habib Umar,

NAMUN TUJUAN KITA ADALAH SATU,
IAITU HENDAK BERJUMPA DENGAN RABBUL A'LAMINN
MENGAPA LIDAH KITA BERAT MENYEBUT NAMA ALLAH,
APAKAH DOSA YANG MENYEBABKAN LIDAH KITA BERAT
MENYEBUT NAMA ALLAH

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata beliau,
bila kita fikir-fikir balik,

kita bersama komputer,
sama ka lamanya kita bersama Allah ?
kita bersama buku,
sama ka lamanya kita bersama Al-Quran ?

takut kita sebab dunia,
lebeyh daripada kita takutkan Allah ?

Berapa banyak butang huruf dekat keyboard tu hari-hari kita tekan,
adakah sama dengan bilangan huruf al-Quran yang kita baca ?




Tak pernah terfikr bukan ?
Terlalu sibuk untuk memikirkannya ?
Terlalu senang di dunia ?
Dok rasa macam dosa tu perkara ringan ja kan ?
mungkin sebab Allah tak tunjuk DOSA tu, sebab tu tak kisah kan ?

Hidup kita bukanlah kita boleh kata segala-galanya Allah telah aturkan,
kita duduk goyang kaki jaa, tak laa macam tu.

Tapi,

Hidup kita ni, Allah telah aturkan dengan yang terbaik,
dari segi cabaran, untuk ditempuhi
dari segi masalah, untuk mencari solusi
dari segi harta, untuk digali cari
dari segi dunia, mencari yang haqiqi
dari segi akhirat, negeri yang abadi

segalanya Allah aturkan,
tapi kita kena buat pilihan.
pilihan tu ditangan kita.


lepas PMR mungkin banyak masa,
bukan mungkin !
memang banyak masa !

aturkan dengan sebaiknya
masa yang terluang tu.
sesungguhnya,
waktu itu ibarat pedang,
jika kamu tidak memotongnya,
dia memotong kamu



'ala kulli hal,
doakan ana dan sahabat seperjuangan
putera atau puteri
dalam PMR jua SPM
dan mudah mudahan,
berjaya dunia dan akhirat

'
SEGALA YANG BERLAKU,
ADA HIKMAHNYA.
ALLAH TIDAK AKAN MEMBUAT SESUATU
YANG SIA-SIA DAN RUGI UNTUK HAMBANYA'THINK POSITIVE IN EVERY SIDE :)(:

Tuesday 31 July 2012

Kerana Rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Berbicara tentang seorang insan yang agung ini akan membuatkan hati yang gundah menjadi tenang, mengubah amarah menjadi suka, mengubah benci menjadi cinta.
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."                                                                        [ Al-Anbiya:107] Baginda, Sayyiduna Al-Habib Rasulullah صلى الله عليه وسلم, seorang insan agung lagi mulia yang menjadi kecintaan seluruh makhluk di langit dan di bumi. Kerana diri Baginda yang mulia, seluruh makhluk di langit dan di bumi memperoleh manfaat yang tidak terhingga banyaknya dan membawa rahmat untuk ke seluruh alam. Kerana berkat rahmatnya Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم, manusia, haiwan serta makhluk lainnya dapat merasakan keindahan mahabbah(cinta) yang tidak terhingga luasnya. Mana mungkin akan datangnya cinta jika tidak mengenali siapa itu insan mulia ini. Maka, kenalilah siapa Baginda, nescaya akan timbul rasa CINTA.
"Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah rahmat untuk sekalian alam. Menurunkan akan tuma'ninah(ketenangan) di atas dunia ini, bukan sahaja untuk kaum manusia yakni kaum yang memonopoli dunia ini tetapi untuk sekalian makhlukNya. Dengan keberkatan Sayyiduna Rasulullahصلى الله عليه وسلم bermula dengan para malaikat, binatang-binatang bahkan manusia yang seringkali ingkar akan perintah Allah turut mendapat manfaat daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم "
Pemimpin daripada para Malaikat iaitu Jibril 'Alaihissalam mendapat rahmat terbesar daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Iblis, makhluk yang diciptakan daripada api sebelum dilaknat oleh Allah merupakan pemimpin kepada Malaikat. Namun begitu, dek kerana keangkuhannya dan keingkarannya terhadap perintah Allah SWT yang tidak mahu sujud kepada Nabi Adam 'Alaihissalam dan mengatakan dialah yang selayaknya menjadi pemimpin kerana diciptakan daripada api, sedangkan Nabi Adam diciptakan daripada tanah, menyebabkannya dilaknat oleh Allah. Maka, dengan itu Malaikat Jibril 'Alaihissalam merasa takut untuk memikul tanggungjawabnya kerana risau akan berlakunya hal yang sama terhadapnya.
Dan (ingatlah) ketika kami(Allah) berfirman kepada malaikat :
"Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia daripada golongan yang kafir.
(Al-Baqarah:13)
Namun, kerana rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم ,malaikat Jibril 'Alaihissalam telah diberikan kepercayaan oleh Allah SWT untuk menyampaikan wahyuNya kepada Sayyiduna Al-Habib Rasulullah. صلى الله عليه وسلم
"Tidak semua kedudukan yang tinggi adalah anugerah daripada Allah, tetapi boleh jadi sebagai istidraj daripada Allah"
Maka, sesungguhnya Al-Quran, wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan dibawakan oleh malaikat Jirbil 'Alaihissalam aman daripada istidraj.Oleh yang demikian, maqam atau kedudukan yang diperolehi oleh Jibril 'Alaihissalam hanyasanya kerana rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Diutusnya Baginda membawa rahmat untuk sekalian alam.
Jika Jibril 'Alaihissalam mendapat manfaat diberikan kepercayaan oleh Allah SWT untuk menyampaikan wahyu kepada Baginda berkat rahmatnya Baginda Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم , bagaimana pula dengan binatang?
Sebelum diutusnya Rasululullah صلى الله عليه وسلم . Manusia tidak punya rasa belas kasihan kepada binatang. Binatang diperlakukan dengan kejam. Namun, setelah Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم diutuskan, Baginda mengingatkan umatnya bahawa binatang juga adalah makhluk Allah yang harus dikasihi. Buktinya, terdapatnya hadis Nabi yang menyebut tentang berlaku ehsan terhadap binatang hatta ketika ingin melakukan sembelihan .
"Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu"
[ HR Muslim ]
Selain daripada itu, terdapat beberapa kisah yang menyebutkan tentang ehsannya Rasulullah terhadap binatang.
Ketika Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم sedang berjalan di Madinah Al-Munawwarah, Baginda terlihat seorang lelaki sedang menyembelih kambing. Namun, lelaki itu menajamkan mata pisaunya di hadapan kambing yang akan disembelihnya itu. Melihatkan hal itu, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menghampirinya dan menasihatinya agar tidak melakukan sedemikian kerana dengan perbuatannya itu seolah-olah dia membunuh kambing itu sebanyak dua kali.
Kisah kedua pula berlaku ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم sedang melewati sebuah kebun, Baginda melihat ada seekor unta berlari-lari ke arah Baginda seolah-olah tidak sabar untuk mendekati Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Lantas, si unta itu mencium Rasulullah dan bercucuran air matanya. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم mendekati unta itu kemudian bertanya, siapakah pemilik kepada unta tersebut dan menyatakan bahawa unta itu mengadu didera oleh pemiliknya. Dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengatakan, tidak takutkah kamu akan Allah? Lalu, menangislah si pemilik unta itu saat mendengarkan ucapannya Rasulullah yang mulia kerana memperlakukan untanya sebegitu. Kemudian, pemilik unta itu membebaskan unta itu dengan asbab rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Begitu berkat rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم dapat membebaskan binatang daripada kekejaman manusia ke atas mereka. Subhanallah...Jika para Malaikat dan binatang mendapat manfaat daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم , apatah lagi manusia, makhluk Allah yang diciptakan sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah.
Daripada Said Bin Qudri:
Ketika Sayyidatuna Aisyah RA sedang menyulam baju, lampu tiba-tiba mati dan jarum yang digunakannya terjatuh. Rasululullah صلى الله عليه وسلم lantas masuk ke dalam rumah, lalu mendesak bercahaya rumah tersebut. Sayyidatuna Aisyah RA dapat melihat jarum yang terjatuh tersebut. Beliau berkata kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم; Alangkah bercahaya wajahmu ya Rasulullah. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata; Celakalah mereka yang tidak dapat melihat wajahku di akhirat kelak. Ditanya Sayyidatuna Aisyah RA kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang siapakah mereka yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Maka jawab Rasulullah ; Mereka yang apabila disebutkan namaKu tidak mahu berselawat kepadaKu.
Betapa luasnya rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita umat manusia dan makhluk yang lainnya berkat daripada rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Masih belum cukup lagikah bukti yang boleh membuatkan kita mencintai insan mulia ini dengan sebenar-benar cinta? Adapun, para sahabat Baginda, Sayyiduna Abbas sepupunya Rasulullah صلى الله عليه وسلم apa disebut namanya Baginda Rasulullah, menangis kerana kecintaannya terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم.. Sejauh mana pula kecintaan kita terhadap Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم ? Menitiskah air mata kita saat mendengar akan kisah-kisah hidup Baginda? Menitiskan air mata kita saat membaca perihal keindah akhlak dan budi Baginda?
Sungguh kita tidak punya apa-apa? Hanya menumpang keberkatan rahmatnya Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang telah dikurniakan oleh Allah. Nastaghfirullahal 'adzim
Wallahu'alam]

JADIKAN RAMADHAN ITU BERMAKNA

Sebut mengenai bulan Ramadan al-Mubarak, pasti mendatangkan 1001 persoalan dalam diri masing-masing sebagai muslim dan mukmin. Mungkin ada yang akan bertanya, sudah bersediakah diriku menyambutnya? Atau mungkin ada yang tidak sabar-sabar menanti ketibaanya. Atau mungkin ada yang menganggap tidak kisah pun mengenai kedatangan Ramadan. Tanya iman, di manakah diri kita?
Tidak salah jika dikatakan Ramadan al-Mubarak ini seperti majlis walimatul urus, pasti seisi keluarga dan jiran terdekat, sibuk menyiapkan persiapan terakhir menjelang tarikh tersebut. Riuh satu kampung dengan kemeriahan menyambut majlis besar seperti itu. Namun, bagaimana pula dengan persediaan kita menyambut sebaik-baik bulan ini? Adakah seperti menyambut menantu atau seperti bertemu dengan hantu? Membelai-belai tetamu atau menghalau-halau seteru?
Satu perkara menarik yang ingin disentuh adalah mengenai sikap dan perlakuan kita terutamanya yang bergelar perempuan. Tiba bulan ini, pasti kaum Hawa menjadi golongan yang sibuk meraikannya. Ramadan Kareem dan kaum Hawa ibarat isi dengan kuku. Terlalu hampir dan dekat. Tidak dapat dipisahkan kedua-duanya. Apakah yang sering membelenggu kaum Hawa apabila tibanya bulan mulia ini?
Kefardhuan Puasa Ramadan
Pensyariatan berpuasa di bulan Ramadan telah disebut Allah s.w.t sepertimana firmanNya yang bermaksud:-
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (Surah Al-Baqarah ayat 183)

Jelas, dalam ayat ini perkataan 'taqwa' disebut selepas perintah kewajipan berpuasa. Orang-orang yang bertaqwa adalah mereka yang berpuasa. Namun belum tentu orang-orang yang berpuasa adalah orang yang bertaqwa. Jika kita lihat, ada orang yang berpuasa, tetapi tidak menunaikan solat, mengutamakan ibadah sunat dari ibadah fardu dengan meninggalkan solat yang lima waktu tetapi menunaikan solat sunat tarawih. Ada pula yang berpuasa tetapi enggan membayar zakat.
Adakah hanya dengan berpuasa, maka Allah mengira mereka ini adalah orang yang bertaqwa? Bagaimana ukuran taqwa yang dimaksudkan Allah Ta'ala dalam ayat ini?
Taqwa itu tempatnya di hati. Bukan hati kering, tapi hati yang sihat yang dapat merasai bencinya melakukan kemungkaran dan seronoknya melakukan kebajikan. Hatinya sensitif dengan dosa dan dahagakan kebaikan. Telah dinukilkan sebuah kisah oleh Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya mengenai kisah Saidina Umar al-Khattab.
Suatu hari, Saidina Umar al-Khattb bertanya kepada sahabatnya, Ubai bin Ka'ab mengenai makna taqwa dan persoalan itu dibalas dengan persoalan.
Ubai berkata kepada Syaidina Umar, "Ya Amirul mukminin, pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?" .
"Pernah." Jawab Syaidina Umar.
Lantas Ubay bertanya lagi kepada Syaidina Umar. "Bagaimana kamu lakukan ketika melalui jalan itu?"

"Aku akan sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri." Jawab Syadina Umar.
" Maka itulah juga sifat taqwa" ( Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 1/163)
Terang lagi bersuluh, betapa sifat taqwa di dalam kisah ini bermula dari sekeping hati. Hati yang merasa takut pastinya akan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga agar tidak akan terjerumus di dalam kebinasaan.Walaupun perkara itu hanyalah makhruh dan tidak mendatangkan dosa, namun hatinya tetap merasa gerun dan berhati-hati daripada melakukan perkara tersebut. Bimbang dirinya akan terjerumus melakukan perkara-perkara yang haram. Begitulah hati orang-orang yang 'muttaqin'
Maka perlulah kita mengambil kisah ini sebagai iktibar untuk kita agar sentiasa berhati-hati dalam apa jua tindakan kita, kerana dari tindakan kita itulah yang menentukan samada kita mampu menempah bilik untuk di syurga atau bilik yang lain yang berada di neraka. Jadikanlah Taqwa itu umpama pakaian kita. Yang menjaga badan kita daripada tercalit dengan dosa dan noda. Bukankah pakaian itu bersifat melindungi. Maka, demikianlah Taqwa, melindungi diri kita daripada disentuh dengan api neraka.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:-
""Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat" (Surah al-A'raf ayat 26)
Bina Iman Raihlah Taqwa
Bagi orang beriman, bulan Ramadan akan dianggap bulan 'bonus', sekiranya digunakan sebaik mungkin, besar manfaatnya. Pelbagai ganjaran dan kebaikan diberikan kepada umat Islam di bulan ini. Setiap amalan-amalan sunat yang dilakukan, pasti akan digandakan pahalanya seperti dinyatakan di dalam hadis qudsi:
"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu"
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Madrasah Ramadan al-Mubarak adalah sebaik-baik bulan untuk kita menambah debit berupa pahala di dalam akaun amalan kita. Kita berlumba-lumba mengerjakan kebajikan dan kebaikan dengan tekad ingin memenuhkan tabung kehidupan semata-mata. Maka ganjaran pahala dalam melakukan ibadat sunat dan perbuatan sunnah kita gandakan lagi. Bukan sukar untuk kita mendapat bonus dalam bulan ini.
Namun, ramainya manusia lebih mengumpul 'bonus' jualan dan 'diskaun' barangan. Berlumba-lumba menambah tabungnya dengan wang dan harta. Ramadan sebagai bulan membina iman da taqwa dipandang sebelah mata. Perilaku mulia tidak disemai di dalam diri dan peribadi, lantas nilai taqwa tidak dapat menyelam dalam dasar hatinya. Perkataannya sia-sia, apatah lafaz kalamnya jauh dari membaca Al-Quran dan zikrullah. Puasanya semata-mata hanya pada menahan lapar dan dahaga sahaja.
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala puasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya" (Riwayat Al-Bukhari, 4/1903 - Fath al-Bari)
'Mencemar Duli' Kemuliaan Ramadan
Terdapat sesuatu yang sering dipandang 'sepi' apabila tibanya Ramadan terutama umat Islam di Malaysia ini. Apabila tiba sahaja musim Ramadan, kaum Hawa adalah antara orang yang paling sibuk meraikannya. Walaupun baru beberapa hari menjelma, sudah mula memikirkan perkara-perkara skunder. Persiapan tema warna baju raya, kuih raya yang pelbagai, keadaan rumah, rumah terbuka dan kelengkapan raya yang lain laju melintasi garisan penamat berbanding perkara primer. Manakala perkara primer seperti solat sunat tarawikh, khatam al-Quran, konsisten dengan sahur, hafazan Al-Quran, qiamullail dan sebagainya pula kadangkala diendahkan dan diketepikan.
Bukan hendak pertikai sikap ini namun perkara ini perlu seiring dengan merebut taqwa Ramadan. Saban tahun, gaya hidup wanita di Malaysia khususnya, dilihat serupa dan sukar untuk diubah. Kadang-kadang, fokusnya lebih kepada berbisnes sehingga mengabai 'bonus-bonus' pada bulan ini. Sibuk dengan tempahan kuih raya, baju raya, langsir raya dan kelengkapan raya yang lain, sehingga malam Ramadan al-Mubarak tidak disinari nur dengan amalan-amalan ibadah sunat.
Kadang-kadang, alasan 'tidak sempat dan penat' untuk berjemaah solat sunat tarawih dek kesibukan yang melanda, juga sering didengari. Jika ke bazar Ramadan, perginya hanya berteman beg dan dompet. Baliknya pula hampir keselurahan jari penuh dengan makanan berbuka.Tangan kanan dan kiri, penuh dengan beg plastik merah. Padahal di bulan Ramadan itulah adanya tarbiyah untuk kita lebih mengingati insan yang lebih memerlukan. Memahami keperitan insan yang serba kekurangan. Mendidik diri untuk lebih banyak memberi.
Namun, mengapakah tabiat ini sukar diubah di Malaysia? Adakah kerana waqi' di Malaysia tidak seperti suasana di negara-negara Arab?
Semuanya adalah kerana Hati kita belum dididik sepenuhnya dengan kelebihan Ramadan. Lantas, madrasah tarbiyah di bulan Ramadan tetap dicemari dengan sikap dan sifat kita yang sama sebelum datangnya Ramadan.
Malaysia : Kaya makanan daripada amalan
Teringat pada musim puasa tahun lepas, 1432 H, saya menerima panggilan telefon daripada sahabat yang menunutut ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau menceritakan 'kehangatan' orang-orang sana menyambut bulan yang penuh barakah itu. Anak kecil memasang 'lampu kelip-kelip' di setiap rumah mereka, bermain mercun dan berkongsi kegembiraan itu bersama teman-temannya, sehingga ke awal Subuh. Subhanallah...
Jika diteliti hasil dari penceritaan tadi, jelas menunjukkan bangsa Arab lebih meraikan Ramadan Kareem, sebaliknya umat Islam di Malaysia khususnya bangsa Melayu meraikan Hari Raya Aidil Fitri lebih meriah berbanding bulan Ramadan. Cukup berbeza.
Jika di Afghanistan, umat Islamnya mati disebabkan kelaparan dek kekurangan sumber makanan. Namun berbeza sekali di Malaysia,penuh dengan lambakan makanan sehingga boleh mengundang penyakit dan menyebabkan kematian. Banyaknya makanan meningkatkan nafsu dan selera makan. Tanpa sedar iainya memudaratkan kesihatan seperti tinggi kolestrol, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Kawalan hebat pada musim puasa ini, dilihat kurang memberi kesan, sehingga ada pihak tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa untuk menutup kedai makanan semasa musim puasa. Sekiranya ramai pihak memain peranan, mana mungkin ada kes dicekup dek makan tengahari dan sebagainya.
Rancangan-rancangan yang dipaparkan di kaca televisyen juga menggalakkan budaya berhari raya semasa awal musim Ramadan. Cukup kuat nafsu semasa musim bulan Ramadan al-Mubarak ini. Kaum hawa sibuk ber'shopping' raya dan anak-anak pula sibuk merancang peperangan mercun sesama mereka. Kemudian, akhbar-akhbar laris dengan kisah-kisah rumah terbakar asbab api mercun, isteri tuntut cerai kerana suami gagal membagi nafkah, murid hilang jari dan sebagainya. Semakin parah kondusi adab dan akhlak rakyat Malaysia kini. Hanya kerana ingin nampak meriah di hari raya.
Kesimpulan
Oleh itu, marilah kita raih Ramadan dengan memperbaiki ibadah wajib dan memperbanyakkan ibadah sunat. Tingkatkan pekerjaan positif, kurangkan tabiat negatif dalam Madrasah Tarbiyyah, mendidik jiwa ini.
Bulan Ramadan al-Mubarak ini juga adalah bulan yang sesuai untuk meningkatkan kemesraan dalam keluarga seperti berbuka puasa bersama-sama, bersahur, solat berjemaah dan sebagainya. Seorang suami yang keluar mencari nafkah, dan seorang isteri mengurusi keperluan dan kehendak keluarga, serta anak-anak yang setia membantu ibu bapanya, pasti semuanya Allah berikan ganjaran pahala yang berlimpah ruah.
Madrasah tarbiyyah di bulan Ramadan, jangan biarkan berlalu begitu saja. Sesungguhnya sangat rugilah bagi mereka yang mensia-siakan peluang dan kesempatan yang ada. Maka, jadikanlah Ramadan kali ini, Ramadan yang cukup bermakna untuk kita.
Wallahu'alam....

Thursday 19 April 2012

SURAT UNTUK RASULULLAH



Assalamualaikum semua :)


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Tuhanku, kiranya aku ini hamba-Mu yang tidak layak untuk berdampingan denganMu, maafkanlah hamba. Hamba hanyalah ciptaanMu yang mempunyai hati dan jiwa, yang punya berbagai perasaan yang tidak mampu dirungkai dengan kata-kata. Izinkan hamba untuk menulis sepucuk 'surat' buat 
kekasihMu, ya Rasulullah


Alangkah indahnya jika dapat bersua bersamamu wahai kekasih Allah



Lama kau pergi... Meninggalkan kami...


Entah mengapa, hatiku bertambah sayu. Makin sayu sehingga aku terbawa-bawa oleh perasaanku sendiri. Lalu ku perhatikan awan yang mendung, awan hitam yang bertebaran di dada langit, seolah-olah ia dengki kepada sang matahari. Seperti sengaja ia melindungi cahaya itu dari menyimbah Bumi. Seperti ia juga bersamaku, bersama jiwaku, bersama airmataku.



ya Rasulullah, aku rindu padamu, aku rindu. Hati aku menangis hiba dan semakin hiba. Aku seolah-olah tiada tempat untuk bergantung dan kubiarkan diriku keseorangan dengan perasaan sendiri. Lalu, fikiranku teringat akan satu peristiwa baginda. Sanggup orang-orang itu melemparkan batu terhadapmu, ya Rasulullah. Tegar benar mereka berbuat begitu kepada kekasih Allah. Sanggup mereka membenarkan jasadmu berada dalam kesakitan dan luka-luka. Aku bagaikan melihat peristiwa itu dan menyaksikan detik-detik 'sengsara' yang dialami oleh Nabi Muhammad. Hatiku hancur luluh dan retak seretak kaca yang jatuh berderai ke lantai. Ingin sahaja aku membalas perbuatan mereka itu. Ikutkan hati...!

Airmataku gugur lagi. Seolah-olah tidak mahu berhenti daripada mengalir. Lantas, hadir pula satu memori. Mereka menghinamu,ya Rasulullah. Tetapi engkau sedikitpun tidak berasa marah, jauh sekali ingin membalas perbuatan mereka. Bermaca-macam gelaran mereka lemparkan. Mereka ketawa dengan angkuhnya. Mereka sangkal akan kewujudanmu,ya Rasulullah. Aku 'jatuh' secara tiba-tiba. Ku rasakan seperti dikelilingi awan yang hitam dan tembok-tembok yang besar. Tembok-tembok yang menghalang aku daripada mengentikan cacian itu. Sungguh mulia pekertimu, wahai Nabi Muhammad,kekasih Allah. Aku 'rebah' di Bumi seolah-olah ku bayangkan berada di hadapan makammu,ya Nabi. Seolah-olah aku menyaksikan detik-detik terakhirmu...

Ummati... Ummati... Ummati...

Airmata ini semakin deras mengalir. Di saat akhirmu, kau sebut nama umatmu. Betapa sayangnya engkau terhadap mereka. Betapa rindunya engkau terhadap mereka. Betapa engkau tidak mahu mereka tersasar dan terjatuh ke landasan yang hina. Terlalu banyak jasamu terhadap kami. Terlalu banyak...! Meskipun dihitung dengan beribu jari, jasamu tetap mengatasi. Cuma, apa bakti kami terhadapmu? Apa jasa kami? Apa amalan kami untukmu? Sedangkan di akhirat nanti kami akan menuntut syafaat darimu...

ya Allah... andai hamba-Mu ini melampaui batas, maafkanlah hamba. Sesungguhnya cinta terhadapMu adalah yang paling agung dan tetap berada di tempat teratas. Andainya bahasa yang hamba gunakan ini tidak sampai ke hati hamba-hambaMu yang lain. maafkanlah hamba. Kiranya Engkau sedang mendengar luahan hatiku ini, sampaikanlah salam mulia dan rindu kepada baginda. Sesungguhnya akulah hambaMu yang hina lagi umatnya yang khilaf...

Wallahu'alam.



Friday 17 February 2012

FITRAH YANG INDAH

Adakah bercouple salah? Ana akan kata, ya. Adakah ianya haram?Ana akan diam dahulu. Adakah bercinta itu salah?Ana kata TIDAK.
awat kita nak salahkan cinta, sdangkn cinta2 satu prasaan fitrah, yang ana yakin 100% drpd kita mstilah pernah rasa kindahn cinta, betoii x? Cinta kt ibubapa, cinta kt abang, kakak, adik n anak2 saudara, cinta pada sahabat, cinta pda guru, cinta kpd barang2 milik kita, cinta kepada kucing kesayangan.ngeee~


So,, cinta2  sbuah prasaan fitrah yg cukup indah, jika diletakkan pada tmpat yang betul, jika diberikan  kepada orang yang tepat CARA YANG BENAR mengikut landasan Islam.

PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL


"Tahu dengan tepas x semestinya faham dengan jelas"
Kalau kta dtanya sapa pemilik cinta kita yg utama? Ana yakin ssngt laa  setiap dripada kita psti mmpu utuk mnjawab Allah. Dan siapakah pemilik cinta ini selepas Allah? Dan pastilah jawapan yang kedua adalah Rasulullah s.a.w.

Jadi, stiap dripada kita sbenaqnya mmpunyai pngetahuan yg sngat tepat tntang pemilik cinta yang utama. Tapi yg mnjadi persoalannya, adakah kta benar2 faham dengan jelas tentang hakikat ini?

 Buktikan cinta padaNya
Di mulut, kita kata cinta yg utama adalah Allah. Tapi realitinya yang sentiasa dalam fikiran kita, adakah benar ianya milik Allah?Dalam sehari, brapa kali kita ingat Allah? k laa ana  bagi jawapan- minimun 5 kali, 5 kali waktu solat. 2 jaa masa yang kita peruntukkan nk ingat pada Allah (2pun klau kita solat setiap waktu).

n.. dlam 5 kali tu, berapa minit kita ingat Allah? Ana bagi minimun wktu solat 1 kali 5 minit, 5 kali solat, 25 minit. nk bndingkn dengan masa sehari: 1440 min. Tolak wk2 tidooq, ana ambik 5 jam: Tinggaii 1140 minit. Tolak ngan wktu solat, tinggallah 1115minit ~+/- 18 jam. Agak2 18 jam ni kita peruntukkan untuk apa ye? Study? Kerja? Sembang2? Makan2? kaa dok  teringatkan seseorang? (2pown klau solat kita betul2 khusyuk. Kalau nak tolak lagi dngan minit-minit yang x khusyuk, agak2berapa minit je yang tinggal untuk kita ingat Allah?)

Tadi kta kata cinta kita yang pertama adalah Allah. Takkan lah org bercinta kejap je ingat kt kekasih dia? Aish mustahil aih.... Org brcinta kan besanya hanyut ngan angan2, x sabaq setiap kali nak berdating, asyik nak brcakap dngan dia, brjumpa ngan dia, sebut nama dia pownn dh ckup buatkan pipi blushing. Wah!!

 Bercinta sakan! Paling best bila dapat hadiah dripada si dia. Hati berbunga-bunga dngan senyum yang x leyh hilang.

Kitakan kata pemilik cinta kita yang utama adalah Allah? Dah tepat dah. Tapi, kita betul2 faham dngan jelas ke? Kefahaman besanya akn connect ngn prbuatan.
 "Betul, cinta utama saya memang pada Allah. Tapi, kita kan tak boleh nampak Allah. Jadi, macam mana dikatakan nak dating dengan Allah?"
Solat. Tak terasa ka time solat2 wktu kta dating dngan Allah. Hanya kita dan Dia. Wlaupun solat brjemaah sekalipun, time kita solat, ada ka kita smbg ngan orang sebelah? mesti laa dk kan? Hanya kita dan Dia.time kita solat, orag sebelah leyh dengaq ka apa yg kita cakapkan? (selain apa yang imam baca) Mestilah dak, kan. So, sapa yg taw? Hanya kita dan Dia. Masa kita solat, ada x kita nak ambik kisah apa yg dok jdi kat sekeliling kita? Org lalu lalang, orang dok smbg, bunyi macam2. Adkah kita nak berhenti solat n. nk ambik taw pasai hal-hal ni? Mestilah TAK sama sekali!
Sbab apa? Sbab kta sebenaqnya tngh dating dngan Allah. Hanya kita dan Dia. Klau dating dngan lelaki yang x halal bagi kita, kita x dpat pn nak dating se"sweet" kta dating dengan Allah. Kta duduk makan-makan, kawan2 nak join sama, tumpang sekaki. Paling x best siap sowh belanja sekali. Klau kta dating dngan lelaki yg tak halal bagi kita, nak cakap something yg sweet pun malu (yg x bertempat) sbab nanti org len dengaq. Klau kta dating dgan lelaki yg x halal, mesti slalu rsa serba x kna. Kalau dok kt mall, nanti kwan  nampak, rasa segan. Nanti klau org satu kampug tngok, takott bgitau kat mak ayah. Ini adalah satu perasaan yg x secure.

Tapi, bila kita benar2 faham sejelas-jelasnya tntg cinta kepada Allah, pasti hati cukup rindu naknak berjumpa dengan Allah "Ya Allah, satu hari nanti, tempatkanlah aku di syurga, moga aku dapat bertemu denganMu. Pemilik cintaku yang sebenar."
Bila kita cinta kt Allah, kita x sabaq2 nk menunggu time dating. n.. waktu dating yg Allah wajibkan kt kita rasa cm x cukup. So kta nk tmbah lagi ngan solat sunat. Kalau dah rindu yg teramat, kita nk jumpa Allah pada waktu istimewa, time org yg x cukup cinta kepada Allah takkan ada di sekeliling kita. Satu waktu yg hanya pencinta2 Allah yg taw dngan tepat, dan faham dgan jelas sahaja yg ada. Waktu di sepertiga malam, waktu yg cukup tenang. Hanya kita dan Dia.

Dan cintanya kita pada Allah, sebut je nama Allah rasa perasaan berdebar-debar.

"Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal." (Al-Anfal:2)
Dan tekadang pada saat-saat trtentu, bila mana kita sangat2 perlukan seseorang, kita sebut je nama Allah, dah cukup untuk buatkan hati kita tenang. Inilah pemilik cinta kita yang sebenar.
"..Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" (Ar-Ra'd:28)

Dan mungkin terkadang kita rasa nk merajuk. Dan Allah akan pujuk. Dan Dia akn bagi apa yg kita minta pada Dan yg paling syok, dgan Allah, kita boleh mintak APA-APA SAHAJA tanpa prlu kta bg something untuk dpatkan sesuatu. Tapi yang lagi best, Allah adlah pemilik cinta yg paling memahami. Dia x bagi semua yg kita mintak. Bukan Allah kedekut. Tapi Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita. Yang mungkin terkadang kita mmberontak sbab x dpat apa yg kita nak. Dan mungkin terkadang kita rasa nk merajuk. Dan Allah akan pujuk. Dan Dia akn bagi apa yg kita minta pada WAKTU YANG TEPAT,ataupun terkadang Allah bg something yg len dripada apa yg kita minta tapi ITULAH SEBENARNYA YANG TERBAIK buat kita. mesti hati kita berbunga-bunga mekar dgan kuntuman sakura di dalam hati yang ada taman tu. Time2 laa mngkin baru kita akn sedaq, siapakah pemilik cinta kita yg sebenar. Pastilah Dia, hanya Dia, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.


Lau Kaana Bainana

 Selepas Allah, perasaan fitrah ni patut diberikan kt sapa? mesti mudah nk jawab, Rasulullah s.a.w.Tepat, tapi adkah dngan kfahaman yg jelas?Kita kata cinta kita yg pertama adalah Allah. Solat 5 waktu, setel. Jadi, kita dh tunjukkan cinta kta kpada Allah. Tepat setiap waktu solat, tak pernah tinggal.Jadi, mcam mana pulak dngan cinta kpada junjungan muliaNabi Muhammad s.a.w?


Kita jawab selawat. (Pasti kaa stiap hari kta peruntukkan wktu ntuk selawat kepada Nabi????? Luar dripada waktu solat? Jom sama2check diri sendiri).
Cukup ka perasaan cinta kita macam tu je? Rasulullah pemilik cinta kta yg kedua. Sdangkan cintanya Rasulullah pada kita, di saat hampir tiba kewafatan baginda, baginda teringat pada kita, 
"Ya ummati, ya ummati.." Tapi kalau kita? Mesti kita sebut, "Sakitnya, sakitnya!!"
So, macam mana nak tunjukkan cintanya kita pda Rasulullah. Adkah selawat tu dah cukup?Kalau cinta, prlu ada bukti! Sdangkan kalau bercinta dgan lelaki yg x halal, kita sanggup buktikan cinta kita pada dia. Sanggup habiskan duit ntuk keluaq jmpa dia. Sanggup belikan hadiah birthday dia yg kadang2 dia x beli apa pon ntuk kita sebab nature lelaki yg kadang2 x ambil kisah. Cintanya kta pda seorang lelaki yg x halal sehingga rela uk tngan yg suci niey dpegang, diri yg bersih ini disentuh, sedangkan hakikat sebenaq bla dia pgang saja tngan kita, bila dia berani menyentuh kta brmakna dia meghina maruah n.. harga diri seorang muslimah!!!! Dia x jaga khormatan ita sbagai seorang wanita muslim yng sepatutnya secantik mawar berduri, mlainkan dya mnjadikan kta seperti gula2 yang x dak pembalut. Yg jika tiba masanya akn jatuh ke lantai dan  kotor. N lepas tu, adakah akn dtg lelaki yg snggup nk ambik gula2 yg dh penuh kotoran tanah? Ini adlah bukti cinta kita pada dia. Dan dia? Lari mencari gula2 yg baru.
Di kisahkan pada suatu hari ketika Rasulullah saw bersama-sama sahabatnya seraya baginda bertanya kepada mereka :
"Siapakah yang paling hebat imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.Para sahabat terdiam seketika.
Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi"."Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka".
"Mungkin kami," celah seorang sahabat."Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. "Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku,"suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga saudara-saudaramu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu dengan berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Rindunya Rasulullah pada kita...  Dan kita?
Lau kaana bainana.. Jka baginda berada di antara kita. Sdang taip sms kt lelaki yg x halal bagi kita, kalau baginda berada di antara kita, sggup x kta tnjukkan sms yg sdang kita taip tu pada baginda s.a.w???? SANGGUP??? Sdang kta brgayut Kt tepon ngan lelaki yg x halal bagi kita, sanggup x kita teruskan prbualan seandainya baginda berada bersama kita? Sdang kita buka facebook, tngok gambar2 lelaki yg x halal bagi kita, bersedia ke kita untuk nak tutup apa yg sedang kita buat tu jika baginda berada disisi kita?Lau kaana bainana, baginda adlah murabbi terbaik, pendidik terbaik. Cintanya kita pada baginda s.a.w, biarlah sehingga setiap apa yg kita lakukan, kita mampu tetap teruskan walaupun ketika sekiranya baginda berada di antara kita.


."Ya Rasulullah pemilik cintaku selepas Allah, aku sungguh rindu hendak bertemu denganmu." Moga kitalah di antara umatnya yang mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Amin!

Wednesday 25 January 2012

Tazkirah For Today

Bismillahirrahmanirrahim..Zikir
'Berzikirlah (ingatlah) kpdKu, niscaya aku akan mengingati kamu sekalian' (Al-Baqarah:152)
'Berzikirlah (ingatlah) kpd Allah dgn zikir yg byk' (Al-Ahzab:41)
'Dan apabila tlh selesai menunaikan sembahyang, maka berzikirlah kpd Allah dlm keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring' (An-Nisa': 103)
'Berzikirlah pd Tuhanmu dlm dirimu (hatimu) dgn penuh perasaan rendah diri dan takut dan bukan dgn suara keras, di waktu pg dan ptg, dan jgnlah engkau sampai dikira org2 yg lalai'(Al-A'raf:205)
Ibnu Abbas: Hendaklah seseorg itu berzikir kpd Allah pd mlm hari/siang, daratan/lautan, dalam keadaan kaya/miskin, sakit dan sihat, dengan suara yg readah atau keras.
Sabda Rasullulah s.a.w: Barangsiapa yg ingin bersenang-senang dlm taman2 syurga, maka hendaklah ia m'p'byakkan zikir Allah.
Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Zikir adalah salah satu cara untuk mengingati Allah. Dgn berzikir, hati kita akan bertaut dgn Allah...dgn syarat bkn hanya zikir di lidah, tetapi melibatkan hati. Jika kita ingin Allah mengingati kita, maka kita kena mengingati Allah. Ramai di antara kita selalu berkata, nak relax aah...pastu pergi melayan citer kat tv/com. Relaxkah anda dgn melakukan perkara2 tersebut?(ingatan tuk diri sendiri jugak yg sentiasa lemah, memerlukan bimbingan dan petunjuk Allah). Kenapa masa yg ada tuk 'relax' tuh tak dihabiskan dgn mengingati Allah....
Jika kita fikir2, zikir ini adalah ibadah plg mudah...duduk di mana2, bila2 pon bleh berzikir. Lepak2 kat ward tunggu consultant or team pon..dah bleh berzikir. Tambah2 lak dok tgk org sakit tiap2 hari..sepatutnya kita akan lebih mengingati Allah. Tp, realitinya kenapa kita sukar tuk berzikir?kadang2 kita ni lalai dgn perkara2 duniawi sehingga kita melupakan Allah. Dah selalu dgr tazkirah, ceramah mengenai berzikir...tp rakan2, tak cukup setakat dgr..kita kena amalkan. Permulaan zikir akan menimbulkan kelapangan dlm diri serta kecintaan. Pengakhiran kpd zikir; yakni selepas berzikir berkali2 dan menjd kelaziman, org tersebut tidak akan merasa tenang melainkan dgn berzikir. Ini adalah peringkat yg dituntut dlm berzikir. Adakah anda semua sudah mencapai peringkat ini? kalo dah...Alhamdullillah. Kalo tak, jom sama2 meningkatkan prestasi diri!
Keutamaan berdoa.
'Apabila hamba2Ku bertanya engkau tentang zatku, maka katakanlah Aku amat hampir, sentiasa memperkenankan permohonan org yg b'mohon kpdKu. Oleh kerana itu, hendaklah mereka berkenan memohon kpdKu' (Al-Baqarah:186)
'Berdoalah kpd Tuhan kamu dgn merendahkan diri dan suara perlahan-lahan, sesungguhnya Dia (Allah) tiada suka kpd orang2 yg melanggar batas' (Al-A'raf:55)
'Dan Tuhan kamu telah b'firman; Mohonlah kpdKu, niscaya Aku m'p'kenankan permohonan kamu' (Al-Mukminun:60)
Rasullullah s.a.w bersabda:
- Mohonlah kpd Allah Taala dari kelebihan2Nya, sesungguhnya Allah suka jika Dia dimohoni, dan sebaik2 ibadah itu menantikan kelapangan.
- Jgnlah ketika berdoa berkata " Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mengkehendaki", " Ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau mengkehendaki"
-Apabila berdoa, hendaklah m'p'besarkan permohonannya, sbb tiada sesuatu pun yg dianggap besar di hadhrat Allah
Sebagai hamba, doa adalah pengharapan kita kpd pencipta kita yg satu iaitu Allah. Sahabat2 yg disayangi, apabila berdoa..berdoalah dgn penuh keazaman dan keyakinan. Yakinlah bahawa doa kita akan dimakbulkan. Manusia ni adalah hamba yg lemah, keimanan kita akan naik dan turun setiap hari. Seringkali, kita berasa was2 atau tidak yakin dgn apa yg kita lakukan. Mengapa perlu timbul perasaan begini sedangkan kita ada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Berkuasa.
Bersunguh2lah kita dlm berdoa dan tidak putus asa. Berdoalah dgn penuh rs rendah diri, khusyuk dan penuh harapan. Kadang2, dlm mengharungi perjalanan hidup kita di dunia ini...kita sering mengeluh, risau dgn apa yg akan terjadi. Sebagai seorg pelajar..slalunya kita risau dgn result exam....risau, pass ke tak aku nihh. Bila difikir2kan, kenapa kita nak risau, kita dah berusaha, maka selepas itu..berserahlah kpd Allah. Berdoa dgn penuh pengharapan...moga2 usaha yg tidak seberapa itu diterima Allah. Allah telah berjanji akan memperkenankan doa hambaNya. Maka, kita kena yakin dgn kata2 Allah itu. Doa adalah senjata mukmin. Dlm setiap perkara, tempat dan ketika....berzikir dan berdoalah kpd Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu, hanya Allah tempat kita memohon..
"Ya Allah, tabahkanlah hati hamba2-Mu ini. Kuatkan dan tetapkanlah iman kami"
Wallahualam

Monday 23 January 2012

::. Sudah Tersurat sedemikian..... Alhamdulillah... .::

Alhamdulillah wa syukurillah......
Nikmat Allah kepada hambaNYA tak pernah putus.....
sayangnya DIA kpada kita....Subhanallah.... malu rasanya.....
Ya Allah...ampunilah diriku ini andai aku seorang hamba yang tidak bersyukur....

Time fom2 pengajianku dh tamat.....Skrg dh pown f3,,PMR menyusul.....
Alhamdulillah...segala2nya berjalan dengan teratur mengikut ape yg telah ditetapkan oleh al-Khaliq....
Namun.... sebagai manusia....ana terkadang lupa.....
Apabila ujian menimpa...ana kalah dalam melawan emosi yg entah ape2....
sedangkan mulut inilah yg sentiasa memberi nasihat buat sahabt2 laen apabila mereka dirudum masalah...

"Allah takkan bebankan hambaNYA dengan apa yg hambaNYA tak mampu untuk memikulnya"

Ttpi bila diri ini menghadapinya......dimanakah kekuatan untuk mulut ini berkata2 sedemikian pada diri ini???....

result peksa f2 keluaq..... Alhamdullillah ana bersyukur dengan apa yg ana dapt ttpi jauh disudut hati msih tdk dpt membuang sedikit perasaan terkilan krana tak mampu untuk mencapai target.... Ya! ana lupa bahawa  setiap yg terjadi telah pun tersurat disana.... Ya Allah...berilah kekuatan pada hati ini.... kerana akhir2 ini hati ini semakin rapuh dalam meniti hari....
Allah telah menetapkn yg terbaik buat diri ana.... tpi ana msih lagi bersedih.....
Ya Allah...hamba mohon padaMU....kurniakanlah rasa redha dalam hati ini agar diri ini dapt  beroleh keredhaanMu...


Masa yang lapang dirumah turut diisi dengan pengisiian untuk mentajdid iman....
ya... mengenai setiap apa yang berlaku tu pasti ade hikmahnya....
Isnin bru2 ni, mndengar sedikit pengisian dari seorang ustazh...

Katanya...." Jgn pernah untuk megeluh apa yg Allah bagi kat kita... kerana setiap yg Allah kurniakan itu bukanlah sia-sia.... ade manfaatnya yang tersendiri..namun kita sbagai manusia sering lupa untuk berfikir ape kebaikkannya... kita cuma tahu, apabila mendapat nikmat, kita merasa senang.. mengucapkan syukur kpada Allah....[alhamdulillah bagi yg masih ingat utk bersyukur, bagi yg lupa? nauzubillah] kita katakan bahawa Allah sayang kita....sbb tu Allah Kurniakan nikmat yg bnyak buat kita.... namun pabila bala menimpa.... mulut asyik mengeluh....
" Ya Allah..sakit nya....."
" Ya Allah, susahnya hidup..."
walhal hanya sdikit Allah menguji kita...
kita pun katakan....Allah bencikan akukah???
kita lupa sebenarnya.... sakit pun satu nikmat sebenarnya..... nikmat yang menandakan Allah sayangkan kita... tu tandanya Allah tak nak kita jauh dari DIA..... Allah nak kita selalu je dekat dengan DIA....
sakit tu lah yang menggugurkan dosa2 kita andai kita seorang yg bersabar dan tdak mengeluh....saat sakit... biarlah lidah ini sering dihiasi Zikrullah....Allah...Subhanallah....Allahuakbar..... jgn sesekali biarkan lidah kita ni... " Ahhhh sakitnye....aduh.... dan sbgainya...." jarang orang yg bersyukur bila ditimpa ujian....(^^,) beruntunglah bagi sesiapa yg sering "melihat" Allah dalam setiap ape yg berlaku tu.... Apabila mereka "melihat" Allah dalam setiap ape yg berlaku.....Redha dihatinya akan segera bertandang...puji2 an padaNYA tak kunjung malap..... Allahuakbar......
Apabila diri melakukan maksiat...ianya juga dalam perancangan Allah..... Allah tahu apa yg DIA lakukan.... itu tandanya Allah mahu kita segera bertaubat.....bagaimana pula dengan TAAT??? taat juga menhalang kita dripada riak.....bagaimana ye?? hikmah disebalik taat ialah, Allah mahu kita kembali kepada DIA.... kita sering lupa, dalam kita menunaikan ibdat, solat, sedekah atau sebagainya, kita sering mengangap itu adalah dari kita, kita merasakan kita hebat dalam beribadah...hakikatnya.... apa yg kita lakukan itu adalh dari Allah.... Allah gerakkan hati kita untuk melakukan sesuatu tu menurut apa yg telah dirancangNYA.... disebalik taat itu adalah kita kembali padanya......



Positivekan diri....(^^,) senyumlah walau dalam hatimu ade duka...
Kerana dengan segarit senyuman dpt mengubati hati yang resah disamping mengamalkn amal jariah kerana
senyum itu adalah sedekah....hihih
Pesanan buat diri dan sahabt2......
jgn lupa buat sujud Syukur....
walaupun kita merasakan result kita kurang elok, tpi lakukanlah jua sujud syukur...
Kerana apa yg kita dapt adalah anugerahNYA.....
Bersyukurlah kerana kita masih lgi bernafas untuk mencari redhaNYA......
Wallahua'alam.......