Wednesday 25 January 2012

Tazkirah For Today

Bismillahirrahmanirrahim..Zikir
'Berzikirlah (ingatlah) kpdKu, niscaya aku akan mengingati kamu sekalian' (Al-Baqarah:152)
'Berzikirlah (ingatlah) kpd Allah dgn zikir yg byk' (Al-Ahzab:41)
'Dan apabila tlh selesai menunaikan sembahyang, maka berzikirlah kpd Allah dlm keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring' (An-Nisa': 103)
'Berzikirlah pd Tuhanmu dlm dirimu (hatimu) dgn penuh perasaan rendah diri dan takut dan bukan dgn suara keras, di waktu pg dan ptg, dan jgnlah engkau sampai dikira org2 yg lalai'(Al-A'raf:205)
Ibnu Abbas: Hendaklah seseorg itu berzikir kpd Allah pd mlm hari/siang, daratan/lautan, dalam keadaan kaya/miskin, sakit dan sihat, dengan suara yg readah atau keras.
Sabda Rasullulah s.a.w: Barangsiapa yg ingin bersenang-senang dlm taman2 syurga, maka hendaklah ia m'p'byakkan zikir Allah.
Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Zikir adalah salah satu cara untuk mengingati Allah. Dgn berzikir, hati kita akan bertaut dgn Allah...dgn syarat bkn hanya zikir di lidah, tetapi melibatkan hati. Jika kita ingin Allah mengingati kita, maka kita kena mengingati Allah. Ramai di antara kita selalu berkata, nak relax aah...pastu pergi melayan citer kat tv/com. Relaxkah anda dgn melakukan perkara2 tersebut?(ingatan tuk diri sendiri jugak yg sentiasa lemah, memerlukan bimbingan dan petunjuk Allah). Kenapa masa yg ada tuk 'relax' tuh tak dihabiskan dgn mengingati Allah....
Jika kita fikir2, zikir ini adalah ibadah plg mudah...duduk di mana2, bila2 pon bleh berzikir. Lepak2 kat ward tunggu consultant or team pon..dah bleh berzikir. Tambah2 lak dok tgk org sakit tiap2 hari..sepatutnya kita akan lebih mengingati Allah. Tp, realitinya kenapa kita sukar tuk berzikir?kadang2 kita ni lalai dgn perkara2 duniawi sehingga kita melupakan Allah. Dah selalu dgr tazkirah, ceramah mengenai berzikir...tp rakan2, tak cukup setakat dgr..kita kena amalkan. Permulaan zikir akan menimbulkan kelapangan dlm diri serta kecintaan. Pengakhiran kpd zikir; yakni selepas berzikir berkali2 dan menjd kelaziman, org tersebut tidak akan merasa tenang melainkan dgn berzikir. Ini adalah peringkat yg dituntut dlm berzikir. Adakah anda semua sudah mencapai peringkat ini? kalo dah...Alhamdullillah. Kalo tak, jom sama2 meningkatkan prestasi diri!
Keutamaan berdoa.
'Apabila hamba2Ku bertanya engkau tentang zatku, maka katakanlah Aku amat hampir, sentiasa memperkenankan permohonan org yg b'mohon kpdKu. Oleh kerana itu, hendaklah mereka berkenan memohon kpdKu' (Al-Baqarah:186)
'Berdoalah kpd Tuhan kamu dgn merendahkan diri dan suara perlahan-lahan, sesungguhnya Dia (Allah) tiada suka kpd orang2 yg melanggar batas' (Al-A'raf:55)
'Dan Tuhan kamu telah b'firman; Mohonlah kpdKu, niscaya Aku m'p'kenankan permohonan kamu' (Al-Mukminun:60)
Rasullullah s.a.w bersabda:
- Mohonlah kpd Allah Taala dari kelebihan2Nya, sesungguhnya Allah suka jika Dia dimohoni, dan sebaik2 ibadah itu menantikan kelapangan.
- Jgnlah ketika berdoa berkata " Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mengkehendaki", " Ya Allah, rahmatilah aku jika Engkau mengkehendaki"
-Apabila berdoa, hendaklah m'p'besarkan permohonannya, sbb tiada sesuatu pun yg dianggap besar di hadhrat Allah
Sebagai hamba, doa adalah pengharapan kita kpd pencipta kita yg satu iaitu Allah. Sahabat2 yg disayangi, apabila berdoa..berdoalah dgn penuh keazaman dan keyakinan. Yakinlah bahawa doa kita akan dimakbulkan. Manusia ni adalah hamba yg lemah, keimanan kita akan naik dan turun setiap hari. Seringkali, kita berasa was2 atau tidak yakin dgn apa yg kita lakukan. Mengapa perlu timbul perasaan begini sedangkan kita ada Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Berkuasa.
Bersunguh2lah kita dlm berdoa dan tidak putus asa. Berdoalah dgn penuh rs rendah diri, khusyuk dan penuh harapan. Kadang2, dlm mengharungi perjalanan hidup kita di dunia ini...kita sering mengeluh, risau dgn apa yg akan terjadi. Sebagai seorg pelajar..slalunya kita risau dgn result exam....risau, pass ke tak aku nihh. Bila difikir2kan, kenapa kita nak risau, kita dah berusaha, maka selepas itu..berserahlah kpd Allah. Berdoa dgn penuh pengharapan...moga2 usaha yg tidak seberapa itu diterima Allah. Allah telah berjanji akan memperkenankan doa hambaNya. Maka, kita kena yakin dgn kata2 Allah itu. Doa adalah senjata mukmin. Dlm setiap perkara, tempat dan ketika....berzikir dan berdoalah kpd Allah. Hanya Allah tempat kita mengadu, hanya Allah tempat kita memohon..
"Ya Allah, tabahkanlah hati hamba2-Mu ini. Kuatkan dan tetapkanlah iman kami"
Wallahualam

Monday 23 January 2012

::. Sudah Tersurat sedemikian..... Alhamdulillah... .::

Alhamdulillah wa syukurillah......
Nikmat Allah kepada hambaNYA tak pernah putus.....
sayangnya DIA kpada kita....Subhanallah.... malu rasanya.....
Ya Allah...ampunilah diriku ini andai aku seorang hamba yang tidak bersyukur....

Time fom2 pengajianku dh tamat.....Skrg dh pown f3,,PMR menyusul.....
Alhamdulillah...segala2nya berjalan dengan teratur mengikut ape yg telah ditetapkan oleh al-Khaliq....
Namun.... sebagai manusia....ana terkadang lupa.....
Apabila ujian menimpa...ana kalah dalam melawan emosi yg entah ape2....
sedangkan mulut inilah yg sentiasa memberi nasihat buat sahabt2 laen apabila mereka dirudum masalah...

"Allah takkan bebankan hambaNYA dengan apa yg hambaNYA tak mampu untuk memikulnya"

Ttpi bila diri ini menghadapinya......dimanakah kekuatan untuk mulut ini berkata2 sedemikian pada diri ini???....

result peksa f2 keluaq..... Alhamdullillah ana bersyukur dengan apa yg ana dapt ttpi jauh disudut hati msih tdk dpt membuang sedikit perasaan terkilan krana tak mampu untuk mencapai target.... Ya! ana lupa bahawa  setiap yg terjadi telah pun tersurat disana.... Ya Allah...berilah kekuatan pada hati ini.... kerana akhir2 ini hati ini semakin rapuh dalam meniti hari....
Allah telah menetapkn yg terbaik buat diri ana.... tpi ana msih lagi bersedih.....
Ya Allah...hamba mohon padaMU....kurniakanlah rasa redha dalam hati ini agar diri ini dapt  beroleh keredhaanMu...


Masa yang lapang dirumah turut diisi dengan pengisiian untuk mentajdid iman....
ya... mengenai setiap apa yang berlaku tu pasti ade hikmahnya....
Isnin bru2 ni, mndengar sedikit pengisian dari seorang ustazh...

Katanya...." Jgn pernah untuk megeluh apa yg Allah bagi kat kita... kerana setiap yg Allah kurniakan itu bukanlah sia-sia.... ade manfaatnya yang tersendiri..namun kita sbagai manusia sering lupa untuk berfikir ape kebaikkannya... kita cuma tahu, apabila mendapat nikmat, kita merasa senang.. mengucapkan syukur kpada Allah....[alhamdulillah bagi yg masih ingat utk bersyukur, bagi yg lupa? nauzubillah] kita katakan bahawa Allah sayang kita....sbb tu Allah Kurniakan nikmat yg bnyak buat kita.... namun pabila bala menimpa.... mulut asyik mengeluh....
" Ya Allah..sakit nya....."
" Ya Allah, susahnya hidup..."
walhal hanya sdikit Allah menguji kita...
kita pun katakan....Allah bencikan akukah???
kita lupa sebenarnya.... sakit pun satu nikmat sebenarnya..... nikmat yang menandakan Allah sayangkan kita... tu tandanya Allah tak nak kita jauh dari DIA..... Allah nak kita selalu je dekat dengan DIA....
sakit tu lah yang menggugurkan dosa2 kita andai kita seorang yg bersabar dan tdak mengeluh....saat sakit... biarlah lidah ini sering dihiasi Zikrullah....Allah...Subhanallah....Allahuakbar..... jgn sesekali biarkan lidah kita ni... " Ahhhh sakitnye....aduh.... dan sbgainya...." jarang orang yg bersyukur bila ditimpa ujian....(^^,) beruntunglah bagi sesiapa yg sering "melihat" Allah dalam setiap ape yg berlaku tu.... Apabila mereka "melihat" Allah dalam setiap ape yg berlaku.....Redha dihatinya akan segera bertandang...puji2 an padaNYA tak kunjung malap..... Allahuakbar......
Apabila diri melakukan maksiat...ianya juga dalam perancangan Allah..... Allah tahu apa yg DIA lakukan.... itu tandanya Allah mahu kita segera bertaubat.....bagaimana pula dengan TAAT??? taat juga menhalang kita dripada riak.....bagaimana ye?? hikmah disebalik taat ialah, Allah mahu kita kembali kepada DIA.... kita sering lupa, dalam kita menunaikan ibdat, solat, sedekah atau sebagainya, kita sering mengangap itu adalah dari kita, kita merasakan kita hebat dalam beribadah...hakikatnya.... apa yg kita lakukan itu adalh dari Allah.... Allah gerakkan hati kita untuk melakukan sesuatu tu menurut apa yg telah dirancangNYA.... disebalik taat itu adalah kita kembali padanya......



Positivekan diri....(^^,) senyumlah walau dalam hatimu ade duka...
Kerana dengan segarit senyuman dpt mengubati hati yang resah disamping mengamalkn amal jariah kerana
senyum itu adalah sedekah....hihih
Pesanan buat diri dan sahabt2......
jgn lupa buat sujud Syukur....
walaupun kita merasakan result kita kurang elok, tpi lakukanlah jua sujud syukur...
Kerana apa yg kita dapt adalah anugerahNYA.....
Bersyukurlah kerana kita masih lgi bernafas untuk mencari redhaNYA......
Wallahua'alam.......

:: Baiknya Allah ::

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....
Alhamdulillah.... bersyukur pada Allah kerana masih lagi diberi kesempatan pada diri yang hina ini untuk melakukan ketaatan padaNYA....insyaallah....
Bersyukur juga padaNYA dgn nikmat yang paling besar yang dikurniakan kepada hambaNYA iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam....

Agak lama blog ini tak diupdate...Entahlah knapa...Kekangan asyik membelengu diri yang lemah ini....
Subhanallah....

Ya Allah...mudahan setiap apa yang berlaku pada diriku ini, aku berharap agar ianya mendapat keredhaanMu....Ampunilah dosa2ku Ya Allah.....

Tatkala bersendiriaan, banyak yang ana fikirkan... Bagaimana caranya ana nak mendalami Ilmu2 Allah ini.... Agak sukar bagi ana kerana ana bkanlah tergolong dalam golongan pintar...
Lama ana mencari jawapan utk persoalan tersebut.... akhirnya ana tahu dimana kelemahan ana...
Ana cuba untuk mengatasi dan berusaha untk menyelesaikannya..namun kekangan asyik menimpa...
Ya, terkadang kita merasakan...

Ya Allah...kenapakah Engkau jadikan aku sebegini??? 

Tapi cepat2 ana beristighfar.... Allah...hinanya diri....

Wahai Allah....
Sesungguhnya aku tahu....Engkau takkan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia...
Aku lah yang sebenarnya pencetus kepada perkara sia-sia itu....
Akulah manusia yang hina yang sentiasa mencari alasan....
Ya Allah.... 
Tatkala surat cintaMU menjadi tatapanku...
Hati ini segar kembali...
Apabila tiap2 bait surat cintaMU ku baca....
Terasa hati ini gagah kembali.....
Terasa Engkau amat dekat denganku....
Ya Allah....
Bantulah aku mencari redhaMu......
Cukuplah Engkau sebagai pelindung dan Penolongku Ya Allah...
Terima kasih Allah...(^^,)



Manusia terkadang lupa apa matlamatnya dalam kehidupan sementara ini...
Kebanyakkan mereka tatkala ditanyakan matlamat hidup mereka, pasti mereka akan menjawab,
aku ingin berjaya didunia dan diakhirat....

Kedengarannya agak bagus....tpi sedikit tetinggal.... apa yang paling kita kehendaki dalam kehidupan kita ini ialah keredhaan Allah...tanpa kasih dan sayang Allah, siapalah kita .....
Ingatlah Wahai manusia.....
Kehidupan kita atas muka bumi Allah ini atas belas ehsan allah kepada kita....
Bermulanya kita dari setitis mani yang hina..... Subhanallah...
Tapi malangnya, kita lupa asal usul kita..... malulah pada Allah.....



Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

Ana mengingatkan diri ana sendiri.....
Sombonglah yang menyebabkan kita merasakan apa yang kita miliki hak kita....
Astaghfirullah....
Ingatlah....
Tidak ada sesuatu pun milik kita...bahkan ilmu sekalipun ianya adalah milik Allah....
Pandai kah kita, kaya kah kita, cantikkah kita...itu semua pinjaman Allah....
Kalau Allah mengkehendaki.....   sekelip mata DIA boleh menariknya.....
Andaikata kita kemalangan, lantas hilang ingatan....apalah gunanya Ilmu yang bertahun2 kita pelajari ttapi hilang hanya beberpa saat.....
Subhanallah......
Hebatnya Allah......
Jadi mengapakah kita hendak bermegah dengan barang yang dipinjamkan??
Sedarlah....Kita adalah hamba...
Apabila dikatakan hamba, apakah yang sepatutnya ada pada diri seorang hamba???
Jawapannya mestilah ketaatan kepada Tuannya.....

Wallahu'alam......


:: Undefined ::

Bismilahirahmanirrahim....
Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat oleh Allah yakni nikmat iman dan islam... dan juga nikmat yang sentiasa kita lupakannya iaitu nikmat lapang dan nikmat sihat....
Agak lama tidak mencoret disini...menyepi...diri ini hanyalah insan yang kerdil, tidak mampu untuk memberi... kata ustazah, orang yg tidak ada apa2 dia tidak dapat memberi apa-apa kepada sesiapa...
Dan.....Diri ini sebenarnya terlalu ingin 'memberi' agar dapat dijadikan pedoman buat insan yang bermusafir dilaman ini.... insyaallah....mudahan apa yg tercoret dapat dijadikan pedoman buat diri ini jua 'kamu' yang melewati disini.....

suka ana nak kongsikan Firman Allah dalam surah Az-Zumar: 42,

"Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya, maka DIA tahanlah jiwa (orang) yang telah DIA tetapkan kematiannya dan DIA melepaskan jiwa yang lain sampai waktunya yang telah ditetapkan."


Apa yang ingin dijelaskan dalam ayat ini ialah seorang mukmin yang beriman selalu merasakan bahawa rohnya sentiasa berada ditangan Allah..pergantungan hidup dan matinya hanya pada Allah.... sebagaimana sabda Rasulullah:


"Jika Engkau pegang jiwaku, maka rahmatilah ia. Dan jika Engkau biarkan , maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga hambamu yang soleh. "


Tidak mustahil kita tidak akan bangkit lagi setelah kita tidur melainkan pada hari Kiamat kelak. Ini bermakna saat kita tidur kita telah mati, dan kita hanya akan bangkit tatkala kiamat tiba. Dan sekiranya kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk terus hidup, maka mulakanlah hari kita dengan pengharapan kepada Allah supaya kita hidup dalam tanggungan dan peliharaan Allah...

Bersyukurlah andai kita masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup dan mengimarahkan bumiNYA dengan ketaatan kepadaNYA bukanlah dibalas dengan kemaksiatan, Waliiyauzubillah....renungan bersama.....



Antara kata-kata yang ana petik dari buku DIMANA DIA DIHATIKU- Ustz Pahrol Ahmad Juoi:

"Kehidupan kita ini umpama layang-layang..... terbanglah selagimana kertasnya tak koyak, talinya tidak putus..tapi bilamana sampai saatnya tali itu ditarik, maka turunlah dengan redha...kerana....bukan selamanya kita akan terbang, bila maut menjelma, maka redhalah......."