Pernah
rasa lemah ? Ya semua manusia pernah merasa lemah. Booo tipu kalau tak
pernah. Even Sadako hantu The Ring pun pernah rasa lemah.
Hmm mungkin tak.
Kadang-kadang
saya rasa tak terkejar hidup ni. Macam anjing yang duk kejar ekor dia.
Duk pusing-pusing kejar ekor dia tapi tak dapat-dapat. Nampak macam dah
dekat, tapi makin dikejar rasa macam makin jauh. Sampai saya pernah rasa
mampu ke saya nak capai ? Tak bukan capai ekor tapi capai apa yang saya
kejar tu. Saya tak ada ekor hihihihihi.... Okay hambar.
Ada
kawan pernah tanya. How did you deal with stress ? Ceh mentang-mentang
guwa duk ASRAMA ingat guwa stress lettew. Tipu lah en kalau tak pernah
stress langsung walau sikit pun. Sebab saya selalu rasa saya tak layak
duduk sebaris dengan depa ni dalam exam . Tak layak duduk
sekelas. Tak layak duduk sebumbung. Sebab apa ? Sebab saya slalu rasa
dpa ni lebih daripada saya. Saya ? Hmm cemtu cemtu je. Cemtu macam
mana ? Cemtu lah :p Depa ? Markah test semua nak letup-letup. Final exam
dulu straight A's tak pun 6-7 A. exam baru ni ? Konon cakap menangis lah apa tapi berderet jugak yang dapat A puih. #addmath
*Sebab itu rezeki dpa yang Allah dah tetapkan.*huhu :(
Sedih
memang sedih. Tapi untuk tweet or post status cakap kita tengah sedih
huwa result teruk tengah nangis tengah meratap tengah makan banyak untuk
release tension (ehem macam kenal) IS NOT A GOOD IDEA. Saya tahu, kita
generasi Y ni (kah kah) suka sangat tweet perasaan kita. Yeah me either.
BUT I realised that tweeting and sharing my sadness to the whole world
would just make it worse for me. Saya akan rasa lagi macam gedebuk
gedegung gitu. Paham tak gedebuk gedegung ? Aplikasikan peribahasa sudah
jatuh ditimpa tangga. Ha bayangkan bunyinya. Tak ke gedebuk gedegung
hewww. Bagus budak ni aplikasikan peribahasa melayu walaupun tak ada
kena mengena. *pats self back*
Benda
yang paling saya struggle and sedaya upaya setengah mati tak merindu
nak tetapkan adalah belajar kerana Allah. Konsepnya simple. Everything
yang kita buat kalau niat kerana Allah, macam mana pun hasilnya, kita
akan redha. Redha itu ikhlas menerima. Pasghah itu menyeghah. Kalau kita
ikhlas buat sesuatu sebab Dia, kita tak akan rasa bebannya. Kalau betul
lah kita ni ikhlas belajar sebab Allah, kita tak akan rasa
steghessssss.
Saya
bukan pelajar cemerlang. hmmm :(. So untuk betul
betul ikhlaskan niat, "Aku belajar kerana ini ilmu Allah. Bukan untuk Straight's A. Bukan untuk score gempak gempak" honestly sangat sangat susah.
Berapa kali saya cuba betulkan nawaitu. Sebab saya tahu, lulus cemerlang
dalam peperiksaan hanyalah "jalan", bukan "tujuan". Kita semua ada
tujuan yang jauh lagi penting. Tujuan yang kekal dan sempurna, bukan
sementara dan penuh ketidaksempurnaan macam dekat dunia ni.
Sebelum
buat apa-apa, ingat paling penting betulkan niat dulu. Ada tak lillahi
taala dalam setiap benda yang kita buat. And don't forget, hidup jangan
berkalau. Contoh, "Kalaulah aku study betul-betul final dulu mesti
result aku tak teruk macam ni". JANGAN MACAM NI. NI NAMANYA KITA
MEMPERSOALKAN QADA' DAN QADAR. Seolah-olah kita tak redha. Seolah-olah
kita ni lagi berkuasa daripada Qada' Allah.
Kesimpulannya
anak-anak,*hehe #bajet pakar motivasi lahh kann# first jangan tweet or update status waktu emo. Elakkan
sedaya upaya sebab tanpa kita sedar kita boleh buka aib diri sendiri,
bukak aib orang. Allah dah tutup aib kau lek lek pi bukak aib sendiri
pahal bro lek lek chill je diam and kunyah mentos kalau emosi tak
stabil. Kedua, baiki niat. And ketiga, jangan pernah berkalau. In shaa
Allah hati tenang jiwa riang boleh nyanyi lagu teletubbies tinkie
winkie, dipsy, laalaa, PO !
*kunyah mentos*
Izinkan aku mngundur diri,kerana aku TAKUT hati ini TERSASAR dari landasan cintaNYA,,izinkan aku mengundur diri,,kerana aku takut menaruh HARAPAN aku mngundurdiri kerana aku tahu diri ini tidak setanding kamu,,aku tahu tahap IMANKU,,namun aku tidak tahu tahap IMAN kamu,,yang pasti tahap IMAN kamu JAUH LEBIH TINGGI drpda tahap imanku yang cuma secebis ~*mimiey*~
Saturday, 22 March 2014
Sunday, 17 November 2013
I guess that I forgot I had a choice
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
::~ASSALAMUALAIKUM...::~
hmm..ok...I know what's meant to be mine will eventually be mine..... But sometime this tiny evil mind of mine keeps whispering words of doubt... which is we can't let go of something we regard as precious. Chase it until we make it ours. And if it's not ours, do anything or everything we can to reverse the situation....
Haihhhh.. !!
I know...... Istiqamah is not easy. Hijrah tuuu mmg mudahh, but nk istiqamah tuu ??? nk terus kekal cekalkan hati ??? Cenna na nk make sure biar hati ni x berbolak-balik ??? ustaz ana da bgtaw ri2 bnyakkn bca doa niey...."Robbana la tuziq qulubana ba'da iz hadaytana wahablana min ladun karahmah ..innakaantal wahhab" haaa....klu pyh sngt tngok la sndiri bwah nie nohhh :)
Kadang2...or sometimes , bila rasa x kuat, ana akn try duduk and fikir balik...I wll ask myself...What made you decide to change ??? Knapa berhijrah at the first place ? Bila ingat sakitnya knapa tuuu,haa.. barulah tersedar blik... Because we'll realise how ungrateful we had been all this while when, He had given so much but yet we are still losing to the ones called shaytan; disobeying Him and committing sins...
Hidayah Allah dtg setiap hari.... But it's up to us whether to see or keep blindfolding ourselves with the images of dunya. And hidayah tu dtg melalui mcm2 cara. Dreams,, People,,, Pain,, Heartbreaks....
Soalnya samada kita sedar or x yg Dia tgh try brbicara dgn kita... :'(
Tapi manusia nieyhh sifat dya lemah... Jauh sngat drpda baqa' yakni kekal. so,, setiap yg brlaku dlm hidup kita x kekal. Hati kita brubah. Iman kita sndiri sat brtambah sat brkurang. Posting Islamic tweets, status or updates don't make you 'pious'.....It only creates the image of 'pious'.!! It's always good to share good things to people. But apa guna suma tu klau kta sndiri x maw try nk pebetulkn diri ??? Dok tweet benda2 Islamik tp lepas tu hangpa mncarut...kan?? hmmm~
Apabnda la tuu ???
In a nutshell
Smile,,, have faith,,,, be strong. And lets continue our battle. For our journey back to Syurga Firdausi won't be easy. I hope to see you there soon. And let's pray all of us will see each other over there.
Friday, 15 November 2013
OH ALLAH
Bismillahhirahmanirrahim...... :)
ASSALAMUALAIKUM .... ~
O Allah, I have greatly wronged myself and no one forgives sins but You. So, grant me forgiveness and have mercy on me. Surely, you are Forgiving, Merciful.
O Allah, by Your Knowledge of the unseen and by Your Power over creation , let me live if You know that life is good for me , and let me die if You know that death is good for me .
Forgive me my sins , surely you are Forgiving, Merciful;
x Mimie :'D
x Mimie :'D
Sunday, 4 August 2013
ANDAIKATA INI RAMADHAN TERAKHIRKU YA RABB :(
ANDAIKATA INI RAMADHAN TERAKHIRKU YA RABB :'(
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Allah3...sedeyhnya...... Begitu pntas masa berlalu.......Pejam celik pejam celik,dah nak berakhir Ramadhan......Syawal pula menjelma.Ya Allah..Berkatilah kami di dalam bulan Ramadhan..AMIIINNNN !!!!
Actually,,,a lot of experience&lesson we can take from this holy madrasah Ramadhan..... .Ia mendidik kita ntuk jdi seorg insan yg penyabar,,,,,patient in all casse!!.Sabar wk2 nk sahur,wk2 nk berbuka,time nk solat taraweh n witir,time nk bangun munajat wk2 malam ..and in the cases of other thing...huhuhuhu~ thanks Ramadhan :)
hmm..I think RAMADHAN has successfully educate our soul an faith right??....Lebih bersih n kuat ...or in other words, more courageous to face the trials and obstacles that will come ..uhuk3... *brokenenglish* :(
Di pnghujung Ramadhan nie tiba2 ana tringt ..mcm mna prsaan sahabat Rasulullah saat nk brpisah dgn Ramadhan..mreka akn mnangisi pmergian Ramadhan..huhu :(..mne x nya... they will be separated by a period of time where nature Generous an Forgiving God's manifold,,,,,, buln dimana bala dan syaitan i2 dipgari,,,,pintu syurga dibuka seluas luasya......... dn pintu neraka dtutup serapat rapatnya...Allahu Rabbi.. :(
suma twaran niey hnya dtwrkn trhad spnjg bulan ramadhan jee...Sahabt2 akn bedoa spaya diterima amalan mreka spnjg bulan barakah ni dn supaya mreka dkurniakn lg Ramadhan d buln akn datang....hmmm..ana trfikir...adkh kita juga sprti mereka??? do we like them?? hmm..tepuk dada tnya iman kan :(
Ana trtarik dgn doa yg dbaca oleyh Imam Al Sudaisi...dmana wajar sngat sngat kita bca saat senja RAMADHAN nieyh :(
MENANGSI PEMERGIAN RAMADHAN :(
اللهم اوصلنا الى رمضان كريم اعواما عديدة
Allahumma ausilna ila Ramadan Karim a’waman adidah.
Ya Allah, sampaikanlah (usia kami) hingga ke Ramadan Karim tahun-tahun mendatang.
ssungguhnya pmergian Ramadhan nieyh amat mmilukn diriku ini...ibarat kekasih yg akn mninggalkn psangannya..aq trlalu lmah ntu mnghalangnya dri terus brlalu prgi.......ssungguhnya i2 la hukum Allah yg aq x mampu nk sngkalkan..Allahurabbi :'(
YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URURSANKU~~
-------------------MIMIE--------------------- :'(
YA ALLAH PERMUDAHKANLAH URURSANKU~~
-------------------MIMIE--------------------- :'(
Friday, 24 May 2013
give up!!
Assalammualaikum...
huhu..despair again n again~
tapiii......
kenapa nk putus asa selagi ada masa?
kenapa nk putus asa klaw jalan slalu ada?
kenapa nk putus asa klaw masih mampu berusaha?
kenapa nk putus asa klaw kudrat diri masa bertenaga?
kenapa takut ntok bangkit semula sdngkn Allah sentiasa menemani kta????
hmm..actually,,,kegagalan penyebab manusia berputus asa..
right???
tapi 2 bkan sbab yg trbaik utk berputus asa sbb kita sendiri pown taw yg bukan semua yg kita mahukan dapat dimiliki.. Tapi usaha
menjanjikan kejayaan dgn izin nya..
yaa.. aq mnagaku kadang2 putus asa tu memang aq pernah rasa kan..
tp aq sedaq semua tu buang masa ja...
Putus asa tu actually bnda yang sia-sia....
knapa kta kna sia-sia kan masa kita yang semakin berkurang detik demi detik..
kan???
Berusahalah..!!
Ya Allah..
Sesungguhnya hambamu ini lemah dan x berdaya..
aku pohon kekuatan dan rahmat mu Ya Allah..
Amin...
Sebagai peringatan buat sendiri & perkongsian buat rakan2..
Thursday, 16 May 2013
ROMANTIK ITU SUNNAH NABI
ASSALAMUALAIKUM..
hmmm...I think i lost everything today...huhu...tpi tdi aq da trbca stu artikel kt i luv ISLAM...best gk la...hilang suma msalah aq bila trbca psl sifat2 romantik RASULULLAH S.A.W nieyh....so...klaw nk bca bca la kt bwh nieyh.... i just wanna share..... that's all...bca smbil hayati k :)
Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati... mungkin yang diketahui romantik sesama 'couple' ...No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri.. apa lagi... jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin... kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..
Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."
hmmm...I think i lost everything today...huhu...tpi tdi aq da trbca stu artikel kt i luv ISLAM...best gk la...hilang suma msalah aq bila trbca psl sifat2 romantik RASULULLAH S.A.W nieyh....so...klaw nk bca bca la kt bwh nieyh.... i just wanna share..... that's all...bca smbil hayati k :)
Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati... mungkin yang diketahui romantik sesama 'couple' ...No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri.. apa lagi... jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin... kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..
Rasulullah Sollahhu 'Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung."
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : "Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq." Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
"Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu)." [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa "Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta."
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa "Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya."
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : "Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu." Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
"Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian."
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa "Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid."
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata "Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku."
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :
"Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW". (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
"Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit." (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
"(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu."
Saodah menolak dengan berkata : "Aku tidak akan memakannya."
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai'e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil "Ya Humaira" kepada Aisyah yang bermaksud "Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah". Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja "Ya Aisy" yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.
Sunday, 5 May 2013
EXAM COMMING~
TiMe Nak Exam
Doa Sebelum Ulang Kaji
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa Memohan Kejayaan
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
Amin.....Semoga apa yang kita lakukan dapat hasil yang baik...walaupun kita gagal..x bermakna Allah x mendengar doa kita....Tapi..Allah saja nak uji dan itu tandanya kita ada buat salah..Haaaa.....Okey...Tu AJE..
p/s: Doakan sye jawab soalan exam eh...aiyoo...hehe..risau jugak nie...
SALAM IMTIHAN~!
-MIMIE-
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)
.jpg)






